SUKAN LAIN
Sukan Komanwel: Sharul Aimy mara ke pusingan kedua
Wakil tunggal skuad gimnastik artistik, Muhd Sharul Aimy, meneruskan rentak cemerlang ke pusingan seterusnya dalam saingan Sukan Komanwel 2022, sebentar tadi.
Daripada tiga acara yang disertai, Sharul berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam acara melombol, apabila menamatkan saingan di tempat ketiga selepas meraih 13.950 mata.
Sementara tempat keenam dalam acara kekuda berpelana selepas dia mencatat 12.0 mata.
Malangnya, Sharul hanya mampu mencatat 10.90 mata dalam senaman lantai, sekaligus menduduki tangga ke-12.
Hanya lapan atlet terbaik akan mara ke pusingan seterusnya yang akan dipertandingkan pada 1 Ogos.