Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir acara pecut Sukan Komanwel 2022.
Selepas melakukan catatan masa 9.846 saat di pusingan pertama, Shah Firdaus mengisi tangga ketujuh keseluruhan.
Dua lagi wakil negara, Ridwan Sahrom dan Fadhil Zonis terpaksa akur gagal melangkah ke pusingan pertama selepas sekadar mengisi kedudukan ke-20 dan 21.
Di saingan pusingan pertama, Shah Firdaus tiada masalah untuk memastikan kemenangan selepas dia mendominasi saingan, mengatasi Sam Daikin dari New Zealand dengan kelebihan 0.037s.
Di suku akhir, Shah Firdaus bertemu pelumba Australia, Matthew Richardson, pelumba kelahiran Johor itu tewas dalam perlumbaan pertama sebelum bangkit menyamakan kedudukan.
Dalam perlumbaan penentuan, Shah Firdaus telah berusaha dengan melakukan pecutan terlebih dahulu namun Richardson berjaya memintas di garisan penamat.