BOLING PADANG
Sukan Komanwel Scotland: Boling padang negara terpaksa ubah percaturan
Tempoh 24 jam ini yang cukup kritikal buat skuad boling padang negara apabila Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) akan mengumumkan senarai pelatih kebangsaan menuju Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland.
Difahamkan barisan kejurulatihan terpaksa mengubah percaturan senarai kem negara pada saat-saat akhir memandangkan tuan rumah hanya mempertandingkan empat pingat emas berbanding lapan dalam di Birmingham yang lalu.
Empat pingat emas itu menerusi acara single serta pairs lelaki dan wanita, secara tidak langsung menghangatkan lagi perseteruan perebutan slot negara.
Iklan
Amanat paling utama disuarakan ketua jurulatih, Zuraidi Puteh, ialah memperincikan aspek mentaliti kemenangan setiap atlet yang bakal dipanggil menyertai skuad negara.
"Kami hanya tumpu kepada perkara yang dalam dikawal; iaitu agar kami boleh menyumbangkan tenaga dan pingat untuk negara.
"Atlet yang ingin mewakili negara harus bermain bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan bahawa mereka layak beraksi dalam disiplin single dan pairs.
"Disiplin dan corak permainan ini mungkin dikurangkan, ada kemungkinan kami akan beraksi dalam lima end kepada tiga.
"Kami perlu ambil berat kerana banyak yang perlu diperbetulkan," katanya latihan pasukan kebangsaan di Bukit Kiara, hari ini.
Sementara itu, Zuraidi menyuarakan kebimbangan pendekatan tuan rumah terhadap permukaan padang tiruan yang diperbuat daripada kayu berbanding padang semula jadi.
"Kami dapat melihat sendiri bagaimana gelanggang di United Kingdom dibina -- seolah-olah pentas pasang siap yang menjadi satu gelanggang yang panjang.
"Kami akan dapat bermain di atas permukaan yang sangat baik tapi kepantasan (bolanya) amat laju jadi ini menyukarkan anak buah saya," katanya lagi.
Must-Watch Video