Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel: Saya telah cuba yang terbaik -- Nasir Roslan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nasir.jpg
Atlet angkat berat negara acara 81 kilogram, Mohd Nasir Roslan, yang membuat penampilan pertama di pentas Sukan Komanwel 2022, gagal meneruskan butiran kontinjen negara, namun memperoleh pengalaman yang baik bersaing dengan jaguhan dunia.

Nasir memulakan saingan snatch dengan angkatan seberat 135kg dan ia ternyata berjaya disempurnakan oleh atlet yang kembali dari penggantungan pada 2018 itu.

Bagaimanapun, Nasir dilihat goyah pada angkatan keduanya pada 140kg.

Kegagalan itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Nasir -- sekaligus menyaksikan dia sekali lagi gagal pada angkatan ketiga dan kekal dengan bebanan 135kg.

Saingan clean & jerk pula menyaksikan atlet berusia 25 tahun itu bermula dengan angkatan 165 kilogram dan walaupun kurang stabil, jerk yang baik memastikan kesempurnaan angkatannya. 

Pada angkatan kedua, percubaan angkatan 170kg ternyata gagal disempurnakan sebelum gagal pada percubaan ketiga sekaligus dia menamatkan saingna dengan keseluruhan 200 kilogram berada di tangga ketujuh keseluruhan.

"Saya telah memberikan yang terbaik. Terima kasih kepada yang mendoakan usaha saya. Saya agak sedih kerana gagal melakukan angkatan terakhir berharap untuk bangkit dalam kejohanan akan datang," kata Nasir.

Advertisement

Must Watch Video