Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib, berjaya mara ke separuh akhir acara 200 meter lelaki Sukan Komanwel Birmingham selepas menduduki tempat kedua dalam di saringannya.
Dengan dua pelari terpantas setiap saringan akan mara, Russel memastikan dirinya dalam slot itu apabila mencatatkan 21.13 saat di saringan keenam.
Dia ketinggalan 0.37s di belakang pemenang saringan tersebut, Kiviasi Asamba dari Kenya.
Secara keseluruhan, Russel menduduki tempat ke-14 daripada 24 pelari yang melayakkan diri ke saingan separuh akhir.
Untuk rekod, Russel adalah pemegang rekod kebangsan 200m dengan kepantasan 20.77s.
Ini pertandingan kompetetif utama buat Russel selepas menarik diri daripada Sukan SEA Hanoi 2021 kerana masalah kecederaan.