SUKAN LAIN
Sukan Komanwel: Patah tulang selangka, Zulhilmi bakal jalani pembedahan
Pemain ragbi 7s negara, Ahmad Zulhilmi Azizad, bakal menjalani pembedahan setelah pulang ke Malaysia apabila mengalami kecederaan patah tulang selangka ketika aksi Malaysia berdepan Afrika Selatan dalam saingan peringkat kumpulan Sukan Komanwel 2020, Jumaat lalu.
Skuad bunga raya sebelum ini beraksi dalam keadaan kekurangan pemain susulan ketiadaan Zulhilmi,
Skuad ragbi 7s negara menamatkan saingan Kumpulan B Sukan Komanwel 2022 tanpa sebarang kemenangan selepas tewas dalam ketiga-tiga aksi.
Iklan
"Buat masa ini, saya dalam keadaan baik dan telah diberikan ubat. Saya akan menjalani pembedahan selepas pulang ke Malaysia. Rakan sepasukan dan keluarga antara pembakar semangat bagi saya untuk berjuang sementara jurulatih juga antara yang sentiasa mendorong saya untuk melakukan yang terbaik," kata Zulhilmi.
Must-Watch Video