Ketua jurulatih ping pong negara, Beh Li Wei sudah menjangka kesukaran anak buahnya merujuk kepada kekalahan pertama 3-0 di tangan Australia dalam acara berpasukan wanita dalam saingan Sukan Komanwel 2022.
Namun itu bukan pengakhiran kerana dua aksi bertemu Mauritius dan Maldives dianggap sebagai lawan mudah oleh Li Wei.
"Lawan menghadirkan aksi yang baik, ditambah dengan pemain import menggagalkan usaha kami untuk mendapatkan kemenangan tetapi ini baru perlawanan pertama, kami akan cuba untuk menang dalam dua perlawanan berikutnya," katanya.
Australia yang turun dengan menggunakan tenaga import menerusi dua wakil kelahiran China dan satu dari Korea Selatan ternyata meletakkan Malaysia dalam keadaan sukar.
Bagi Ho Ying, ia bukan pembukaan yang cantik namun dia tidak teragak-agak memastikan malaysia mampu ke peringkat seterusnya selepas ini.
"Bagi kami, kami tidak meletakkan tekanan yang tinggi bertemu Australia dan berharap untuk melakukan yang terbaik sementara mahu cuba melakukan yang terbaik dalam dua perlawanan berikutnya," kata Ho Ying.