Sukan Komanwel: Grace Wong berjaya lolos ke final
Ammar Hakim
Ogos 4, 2022 18:45 MYT
Ogos 4, 2022 18:45 MYT
Atlet baling tukul besi negara, Grace Wong, berjaya melayakkan diri ke final dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 62.48 meter itu meletak sasaran untuk memecah rekod sendiri di penampilan sulung pentas Sukan Komanwel.
Namun di balingan pertama, dia mencatat 58.71m, dia mencuba di balingan kedua namun sekadar mencatat 56.71m sebelum balingan ketiganya menjadi balingan terbaiknya setakat ini di birmingham dengan 59.53 meter.
Ia sekaligus menyaksikan atlet berusia 22 tahun itu menamatkan saingan peringkat kelayakan di tangga ke-12 sekaligus lolos ke final.
"Saya percaya mampu melakukan yang lebih baik. Saya mengakui agak gementar dan masih kurang pengalaman bertanding di pentas ini," kata Grace.