Dua pelumba berbasikal trek negara, Fadhil Zonis dan Ridwan Sahrom dalam final 1 kilometer ujian masa terpaksa akur menamatkan saingan di tempat ke-10 dan ke14 Sukan Komanwel 2022, sebentar tadi
Fadhil Zonis yang muncul pelumba kelima pada acara tersebut menggunakan segala kudrat yang ada untuk melakukan kayuhan terbaik dan dia dilihat berada pada landasan yang tepat untuk mencabar Ethan Vernon dari England yang muncul pelumba terpantas setakat itu, namun menuju ke 250m terakhir, kelajuan kayuhan yang semakin berkurangan menyaksikan Fadhil tamat dengan catatan 1 minit 1.734 saat.
Giliran Ridhwan Sahrom sebagai pelumba ke-12 bermula baik dengan kayuhan bertenaga dengan masa di bawah negatif sekurangnya sehingga pusingan terakhir, sebelum dilihat sedikit keletihan menuju ke garisan penamat untuk menamatkan dengan catatan 1:03.093s.
Kedua wakil negara terpaksa akur dengan keputusan keseluruhan, Fadhil Zonis di tangga ke-10 manakala Ridwan Sahrom di tempat ke-14.
Matthew Glaetzer dan Thomas Cornish membenarkan Australia memperoleh kemenangan emas dan perak sementara Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago melengkapi podium.