Sukan Komanwel Birmingham: Wales jadi halangan separuh akhir skuad ping pong wanita negara

Shaiful Shamsudin
Julai 31, 2022 08:13 MYT
MALAYSIA 3 INDIA 2
Malaysia mencipta sensasi dalam suku akhir ping pong berpasukan wanita Sukan Komanwel Birmingham, apabila menyingkirkan India di Pusat Pameran Kebangsaan, awal pagi tadi.
Skuad negara menghidupkan peluang untuk melepasi pusingan awal sebelum memberikan saingan jitu dalam kemenangan 3-2 ke atas India.
Gandingan Karen Lyne-Akice mengetepikan cabaran Reent Tenisson-Sreeja Akula 11-7, 11-6, 5-11, 11-6 sebelum pihak lawan kembali mendahului 2-1 berikutan kekalahan tipis Ho Ying kepada Manika Batra sementara Alice bukan tandingan Akula.
Namun, Karen menghidupkan semula peluang negara dengan kemenangan selesa 3-0 untuk mengimbangi kedudukan agregat ke atas Manika, sebelum Ho Ying yang menjadi pertaruhan terakhir menang 3-2 ke atas Tenisson.
Malaysia akan berdepan satu lagi tugas getir apabila bertemu Wales di peringkat separuh akhir dan satu lagi pertemuan menyaksikan Australia yang pernah menewaskan Malaysia di peringkat kumpulan bertemu Singapura.
Sementara itu, skuad lelaki negara pula bakal mengharungi peringkat suku akhir bertemu Nigeria, petang ini.
#Ping Pong #Sukan Komanwel Birmingham
;