Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel Birmingham: Syafiq buru kejayaan bersama Nur Dhabitah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syafiq-puteh.jpg
Penerjun negara, Syafiq Puteh, yakin mampu memberikan kilauan pingat dalam acara tiga meter papan anjal serirama campuran bersama gandingannya, Nur Dhabitah Sabri, dalam Sukan Komanwel Birmingham bermula hujung bulan ini.

Penerjun berusia 26 tahun itu juga berasakan gandingannya dengan Nur Dhabitah kian serasi dan mampu melakukan sesuatu dalam temasya kali ini.

Memandangkan skuad terjun negara diletakkan sasaran satu pingat emas di Birmingham, Syafiq menganggapnya sebagai cabaran yang baik dalam menguji kemampuannya bersama Nur Dhabitah.

"Bagi saya, tiada apa untuk diperbaiki melainkan perlu sedikit fokus daripada segi 'entry'," katanya kepada Nadi Arena.

"Kerana sebelum ini, dalam Kejohanan Dunia di Budapest, saya bergandingan dengan Wendy (Ng Yan Yee) dan ada sedikit ketidakserasian.

"Dalam Sukan Komenwel kali ini, jurulatih mahukan saya dan Dhabitah berada di podium, jadi mungkin dia melihat saya dan Dhabitah ada keserasian.

"Pesaing di Birmingham nanti mungkin penerjun daripada Great Britain, Australia dan Kanada, jadi kami perlu mengatasi mereka," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video