BOLING PADANG
Sukan Komanwel Birmingham: Siti Zalina menang pingat boling padang individu dalam tempoh 16 tahun
Atlet boling padang negara, Siti Zalina Ahmad, memenangi pingat keempat temasya selepas menewaskan pemain Norfolk Island, Shae Wilson. dalam penentuan pingat gangsa perseorangan wanita Sukan Komanwel Birmingham, tengah malam tadi.
Atlet berusia 43 tahun itu, yang tewas kepada Lucy Beere dari Guernsey 15-21 dalam aksi separuh akhir, menebus kekecewaannya dengan kemenangan 21-10 dalam 16 ends.
Di sebalik tekanan, ia adalah antara permainan terpantas juara Sukan SEA tiga kali itu di Taman Victoria, Leamington Spa, Warwickshire -— perlawanan terpendeknya ialah 15 ends ketika menentang pemain dari Niue, Olivia Eunice Buckingham.
Iklan
Siti sebelum ini menggondol emas acara itu dalam edisi 2002 di Manchester sebelum mempertahankannya di Melbourne, empat tahun kemudian.
Dia dan Emma Firyana Saroji akan memulakan misi mempertahankan emas berpasangan wanita di Gold Coast pada 2018 pada hari ini.
RASMI | Sukan Komanwel 2022Siti Zalina Ahmad menghadiahkan pingat Gangsa buat Malaysia selepas menewaskan lawan dari Norfolks Island dengan keputusan 21-10.Alhamdulillah & Tahniah ?? pic.twitter.com/su2nXOOcBj— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) August 1, 2022
Must-Watch Video