Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel Birmingham: Russel Alexander kandas dalam separuh akhir 200m lelaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

russel-alexander-nasir-taib.jpg
Wakil negara, Russel Alexander Nasir Taib, terpaksa akur perjuangannya dalam 200m berakhir di peringkat separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham.

Pecutannya di Stadium Alexander sebentar tadi lebih perlahan berbanding ketika saringan yang menyaksikannya mencatat 21.13 saat.

Dia yang melakar 21.32s mengakhiri lariannya di tempat keenam dalam perlumbaan yang diungguli oleh wakil tuan rumah, Zharnel Hughes (20.32s), Brendon Rodney (20.68s) dan Shajar Abbas (20.89s). 





Sementara itu, penerjun platform 10m seirama lelaki menyaksikan Jellson Jabilli-Hanis Jaya Surya menamatkan saingan di tempat kelima. 

Mereka bermula baik dalam dua terjunan awal untuk meraih kedudukan ketiga, tetapi tergelincir dan kekal di tangga kelima sejak itu. 





 

Advertisement

Must Watch Video