Sukan Komanwel Birmingham: Gandingan Syafiq-Nur Dhabitah butir gangsa
Muzaffar Musa
Ogos 8, 2022 18:19 MYT
Ogos 8, 2022 18:19 MYT
Gandingan Syafiq Puteh-Nur Dhabitah Sabri membutirkan pingat gangsa buat negara dalam acara terjun 3 meter papan anjal seirama campuran Sukan Komanwel Birmingham di Pusat Akuatik Sandwell sebentar tadi.
Pasangan negara itu mengumpulkan keseluruhan 299.04 mata untuk muncul peserta ketiga terbaik di belakang pemenang pingat emas dari Scotland, James Philip Heatly-Grace Elizabeth Reid (306 mata), dan pemenang pingat perak dari Australia, Li Shixin-Maddison Keeney (304.02 mata).
Sebagai rekod, Syafiq sebelum ini turut memenangi pingat perak acara 3 meter papan anjal seirama lelaki bersama Gabriel Gilbert Daim.
Dhabitah pula cemerlang dengan dua pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal wanita dan 3 meter papan anjal seirama wanita bersama Wendy Ng Yan Yee.