Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel Birmingham: Dua try Malaysia sentak Scotland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saizul-hafifi-noor.jpg
SCOTLAND 50 MALAYSIA 12 

Skuad ragbi 7's negara sempat menghadirkan cemas kepada Scotland menerusi dua'try' dalam babak pertama pertemuan Kumpulan B sebelum terpaksa akur 12-50, di Stadium Coventry, sebentar tadi. 


Skuad kendalian  Saizul Hafifi Noor itu turun selaku pasukan kerdil tetapi tidak mudah luntur semangat sekalipun tunduk 46 tanpa balas kepada juara dunia, Afrika Selatan, pada hari pertama Sukan Komanwel Birmingham.

Azwan Zuwairi Zizi menyempurnakan satu try dan satu 'conversion' sebelum Amalul Hazim Hazim Nasaruddin menambah pungutan mata buat skuad Bunga Raya untuk mengakhiri separuh masa pertama 12-26. 

Namun, sebaik Scotland memperkemaskan permainan, tiada ruang lagi buat pasukan negara menokok mata yang menyaksikan Jake Henry mencatat tiga try sementara Lee Jones dua try. 

Malaysia akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan bertemu Tonga, esok, sebelum menghadapi pusingan penentuan kedudukan. 

Advertisement

Must Watch Video