Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel Birmingham: Bunga Raya tamatkan peringkat kumpulan tanpa sebarang kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi-7s-generic_1.jpg
Skuad ragbi 7's negara menamatkan saingan Kumpulan B, Sukan Komanwel 2022 tanpa sebarang kemenangan selepas tewas 31-7 kepada Tonga dalam aksi terakhir pusingan awal di Stadium Coventry sebentar tadi.

Selepas tewas 0-46 kepada Afrika Selatan dan 12-50 kepada Scotland dalam dua aksi pertama, pasukan bimbingan Saizul Hafifi itu turun dengan misi memburu kemenangan pertama.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat melakukan sebarang try sepanjang babak pertama untuk akur ke bilik persalinan dengan ketinggalan 0-19.

Malaysia berhasil merapatkan jurang dalam babak kedua menerusi try Amalul Hazim Nasarrudin dan conversion Safiy Md Said untuk memberikan tujuh mata tetapi masih terlalu jauh untuk menyekat kemenangan Tonga.

Bunga Raya seterusnya akan bertemu Wales awal pagi esok bagi penentuan klasifikasi tempat ke-9/16.


 

Advertisement

Must Watch Video