Skip to main content

Sukan Lain

Sukan HYROX jadi fenomena baru di Malaysia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hyrox.jpg
Beberapa tahun kebelakangan ini, kita menyaksikan bagaimana pickleball berkembang pesat di Malaysia, daripada sekadar sukan rekreasi kepada fenomena komuniti yang penuh komitmen. Kini, HYROX pula muncul sebagai gelombang baharu, membawa aura yang sama tetapi dengan pendekatan lebih mencabar, lebih “hybrid”, dan lebih sesuai untuk generasi pencinta kecergasan masa kini. 

HYROX merupakan gabungan larian jarak sederhana dengan lapan stesen functional training berintensiti tinggi, kini menjadi tarikan baharu di pusat-pusat kecergasan dan acara sukan di Malaysia. Ramai yang melihatnya bukan sekadar pertandingan, tetapi misi peribadi. 

Konsep “berlatih untuk pertandingan sebenar” ternyata memberikan dorongan psikologi yang berbeza berbanding hanya bersenam di gim. Contohnya saya sendiri, yang baru berjinak dalam sukan ini. Sebagai individu yang mempunyai latar belakang sukan, merupakan atlit dan mungkin tidak lama lagi akan bersara, ataupun untuk bekas atlet yang masih mahu aktif dalam sukan hinggalah individu biasa, ia boleh dijadikan sasaran baharu yang mampu dicapai.  

Sama seperti pickleball yang bermula kecil tetapi kini mempunyai perlbagai kejohanan dan komuniti, HYROX juga mengikuti jejak yang sama. Platform media sosial kini penuh dengan video latihan HYROX, tip pemakanan, dan sesi “prep” menuju hari pertandingan. Pengaruh artis, selebriti dan personaliti kecergasan terkenal turut menjadi penarik dalam acara ini, membuatkan lebih ramai orang mahu mencuba. 

Jika pickleball membuka pintu kepada sukan komuniti sosial, HYROX membuka peluang untuk sukan kecergasan kompetitif yang lebih serius tetapi tetap inklusif. Jadi, jika diberi pilihan, will you try HYROX? 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video