Atlet wushu negara, Tan Cheong Min, mencipta sensasi selepas merangkul pingat emas dalam Kejohanan Sukan Dunia di Chengdu, China, hari ini.
Dia mempersembahkan gerakan memukau menerusi acara nandao wanita dengan mengumpul 9.733 mata dan dalam acara nanquan dengan meraih 9.746 mata sekali gus menyambar pingat emas pertama negara dengan jumlah keseluruhan meraih 19.479 mata.
Dia mengenepikan cabaran perebutan emas itu bersaing dengan wakil Uzbekistan, Darya Latisheva, yang meraih 19.433 mata (perak) di tempat kedua dan wakil Singapura, Kassandra Ong, dengan pungutan 19.386 mata (gangsa).