Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Skuad renang berirama enggan persiakan peluang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-yhing-huey.jpeg
Skuad renang berirama negara berjanji menampilkan aksi terbaik dan tidak mensia-siakan peluang yang diberi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam meluluskan rayuan ke Sukan Asia Jakarta walaupun diletak dalam kategori B.

Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sebelum ini membuat rayuan kepada MOM untuk skuad renang berirama beraksi dalam Sukan Asia.

Walaupun dalam kategori B, mereka tetap menghargai usaha ASUM untuk merealisasikan impian bagi menggalas cabaran di Jakarta, Ogos depan.

Menyedari kesukaran untuk menghadirkan pingat buat negara, pemenang pingat emas Sukan SEA, Zylane Lee Yhing Huey, berjanji aksi memuaskan hati ramai untuk sekurang-kurangnya meraih kedudukan enam terbaik.

"Kami menyedari beraksi dalam kategori B, saya menghargai usaha mereka kerana berusaha untuk kami meraih pengalaman dalam Sukan Asia," kata Zylane.

Jurulatihnya, Long Yan, sudah menyenaraikan tiga atlet, iaitu Zylane, Gan Hua Wei dan Foong Yan Nie.

Senarai itu kekal setakat ini sekiranya tiada antara mereka yang mengalami kecederaan dengan mengharapkan Zylane cergas selepas menjalani pembedahan bahu Januari lalu.

"Hanya satu acara dipertandingkan di Jakarta nanti dan kami akan membawa tiga atlet," kata Long Yan.

Advertisement

Must Watch Video