Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia: Sharul Aimy kekal realistik, sasar layak ke pusingan akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sharul-aimy_1.jpg
Atlet gimnastik negara, Sharul Aimy, yakin dengan tahap kebersediaannya untuk menghadapi cabaran Sukan Asia Hangzhou China walaupun ini adalah kali pertamanya menyertai temasya sukan berprestij itu.

Tidak meletakkan sebarang sasaran, cuma menyimpan hasrat untuk layak ke pusingan akhir.

"Ia akan menjadi saingan yang cukup mencabar bagi saya. Saya telah melihat kualiti barisan atlet yang beraksi di tahap tertinggi Asia. Saya meletakkan sasaran untuk mara ke pentas final," kata Sharul menerusi Nadi Arena.

Sementara itu, ketua jurulatih, Ng Shu Wai, yakin dengan kemampuan Sharul Aimy untuk memberikan aksi terbaik namun tidak meletakkan sebarang tekanan buatnya.

"Bagi Sharul, dia telah mendapatkan pendedahan yang cukup banyak. Saya tidak bimbang dengan persiapan mental untuk Sukan Asia. Saya berasakan dia akan melakukan yang terbaik nanti," kata Shu Wai.

Skuad gimnastik menjadi antara pasukan terawal yang berlepas ke Hangzhou hari ini bersama-sama dengan pasukan ekuestrian dan e-sukan.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video