Kontinjen negara berkemungkinan besar akan ke Sukan Asia Hangzhou hujung bulan depan tanpa sasaran pingat emas.
Ini selepas Setiausaha Agung Majlis Olompik Malaysia (MOM), Daruk Nazifuddin Najib, mengesahkan bahawa pungutan pingat keseluruhan akan menjadi fokus utama penyertaan kontinjen negara dalam edisi kali ini.
Sebagai rekod, Kontinjen negara meraih tujuh pingat emas dalam edisi di Jakarta-Palembang pada 2018.
Pencapaian itu difahamkan sukar untuk diatasi mahupun diulangi memandangkan sukan yang menjadi lubuk emas kontinjen negara, iaitu boling tenpin dan silat, tidak dipertandingkan di Hangzhou.
Sasaran pingat keseluruhan kontinjen negara dijangka akan diumumkan dalam majlis penyerahan jalur gemilang pada 11 September ini.
"Kita tidak boleh melihat benda yang sama dalam setiap edisi Sukan Asia kerana setiap edisi berbeza berdasarkan tuan rumah," kata Nazifuddin kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Kali ini, sukan-sukan yang mencapai pingat emas di Jakarta tidak dipertandingkan di China, jadi fokus kami sekarang adalah pungutan pingat keseluruhan dan bukan lagi pingat emas."