Skuad karate negara mengambil manfaat kem latihan bersama atlet Tunisia untuk memperbaiki prestasi dalam persiapan membawa cabaran ke Sukan Asia Hangzhou 2022 yang bermula 23 September ini.
Selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya tanpa sebarang gangguan, skuad negara giat menjalani persiapan di Tunisia dalam usaha mencapai tahap yang lebih tinggi.
Bagi kapten pasukan negara R-Sharmendran pula, kem latihan kali ini banyak membawa manfaat kepada wakil negara menjelang edisi ke19 temasya sukan teragung di Asia itu.
"Tidak sangka Tunisia mempunyai atlet yang mantap dan ia bagus untuk kami.
"Kami dapat berlatih dengan atlet yang di tahap tinggi dan saya juga tumpas sekali. Ini satu isyarat penting agar kami dapat memperbaiki prestasi.
"Saya dalam situasi sama ada perlu saya bertarung sepenuhnya atau langsung tidak melakukannya tanpa perlu ambil kira faktor kecederaan.
"Saya tahap Sukan Asia adalah sangat tinggi jadi untuk capai podium maka kami perlu berbuat yang terbaik.
"Jadi ini bukan masanya untuk saya fokus kepada kecederaan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Skuad negara akan ke Ireland di mana empat atlet negara bertanding dalam Kejohanan Liga Perdana Satu pada Jumaat ini sebelum meneruskan kem latihan di Maghribi untuk 12 hari yang bermula 12 September.