SUKAN ASIA

Sukan Asia Hangzhou: Azlan tidak sabar bertemu Thailand di final

Ammar Hakim 23/09/2023 | 08:53 MYT
Perejam berpengalaman negara, Azlan Alias, tekad menempah perhitungan bersama musuh tradisi Thailand dalam acara regu pada penampilan terakhirnya di pentas Sukan Asia Hangzhou.
Azlan yang baru pulih daripada kecederaan hamstring selepas pulang daripada kem latihan di Ratchaburi, Thailand berasakan, kualiti perejam negara mampu menyaingi ketajaman libasan jagoan di rantau Asia.
Biarpun bertubuh kecil -- namun Azlan memiliki kebolehan untuk 'terapung' di udara sebelum melakukan libasan emas -- seperti yang dilakukannya di Jakarta-Palembang ketika membantu skuad engara rangkul emas lima tahun lalu.
"Kami menyedari telah membuat persisapan rapi untuk saingan kali ini. Saya percaya mampu menghadirkan permainan terbaik," kata Azlan.
"Kami akan meletakkan tumpuan bagi aksi peringkat kumpulan bertemu Indonesia dan Korea Selatan. Diharap apa yang diusahakan mampu menjelmakan keputusan yang positif."
;