Atlet Wushu negara, Tan Cheong Min, menamatkan penantian 13 tahun Malaysia untuk meraih pingat sukan itu dalam Sukan Asia apabila meraih perak acara Nanguan-Nandao di Pusat Sukan Xiaoshan Guali hari ini.

Wakil negara berusia 26 tahun itu meraih 9.703 mata dalam disiplin nanquan dan 9.716 dalam disiplin nandao untuk mengumpulkan keseluruhan 19.419 mata, sekali gus menjelmakan pingat perak pertama negara dalam Sukan Asia Hangzhou 2022.

Atlet tuan rumah, Chen Huiying, muncul pemenang emas dengan keseluruhan 19.590 mata.

Sebagai rekod, kali terakhir kontinjen negara meraih pingat dalam acara wushu adalah menerusi Chan Fon Ying dalam acara Taijiquan-Taijijian dalam edisi di Guangzhou pada 2010.