SUKAN ASIA
Sukan Asia Hangzhou: Syafiq-Aifa mara ke suku akhir
Mohamad Syafiq Kamal dan Aifa Azman meneruskan kemaraan ke suku akhir Sukan Asia Hanghzou acara beregu campuran dalam aksi Kumpulan B sebentar tadi.
Dua kemenangan sebelum ini pastinya jadi tonik terbaik Syafiq-Aifa untuk memastikan aksi kumpulan milik mereka.
Berdepan lawan dari Filipina yang mempertaruhkan gandingan Robert Andrew Garcia-Jemyca Arybado, cuba memberikan saingan pada awal set pertama sebelum gandingan negara ini mula meninggalkan lawan untuk mengungguli set pertama 11-5 dalam masa 10 minit.
Skrip sama berulang pada set kedua dengan Syafiq-Aifa ketinggalan 4-0 namun berjaya mengutip mata demi mata sebelum terus meninggalkan lawan.
Kemenangan 11-5 di set kedua memastikan rekod tanpa kalah tanpa melepaskan sebarang set.
Sementara dalam satu lagi aksi wakil negara, Ivan Yuen dan Rachel Arnold dalam Kumpulan C -- dua kemenangan dan tewas sekali kepada Korea Selatan dalam aksi terdahulu sudah pasti memberi tekanan kepada mereka yang memerlukan kemenangan dalam aksi berdepan wakil Hong Kong, Wong Chi Him dan Lee Ka Yi.
Permainan yang agak sengit dalam aksi di Pusat Skuasy HOC dari permulaan saingan dengan kedua-dua gandingan saling bertukar mata.
Permainan secara total di seluruh gelanggang menyaksikan wakil Malaysia dan Hong Kong berusaha kutipan mata berjaya terhasil dalam usaha memburu slot ke suku akhir.
Selepas 28 minit perlawanan berlangsung, keputusan 11-9, 11-10 memihak Hong Kong sekaligus mengakhiri perjalanan Ivan-Rachel dalam temasya kali ini.