Penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan Ooi Tze Liang, membawa cabaran negara ke final acara 3 meter papan anjal lelaki Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
Dua wakil negara yang diwakili Muhammad Syafiq Puteh dan olimpian, Ooi Tze Liang turun beraksi dalam kelayakan 3 meter papan anjal lelaki.
Mencari 12 terbaik untuk ke final jam 7.30 malam ini, bukan misi mustahil dalam aksi melibatkan 17 penerjun.
Syafiq memperbaiki aksi di terjunan kedua dan seterusnya hingga keenam untuk kekal dalam kelompok atas dan mengesahkan tempat di final selepas mengumpul 366.35 mata untuk berada di kedudukan keenam.
Sementara Tze Liang yang mempamerkan aksi kurang konsisten menamatkan saingan di kedudukan kelapan dengan kutipan 324.20 mata mengesahkan dua wakil negara di final. Mungkin tze liang ni simpan kuku kot untuk akhir nanti.
China dan Korea Selatan seperti biasa terus mendominasi, dengan masing-masing turut diwakili dua wakil di final.
Ammar Hakim
Tue Oct 03 2023