PELAYARAN

Sukan Asia Hangzhou: Strategi kekalkan jarak berhasil -- Nur Shazrin Latif

Shaiful Shamsudin 27/09/2023 | 11:40 MYT
Tuah angin memihak Nur Shazrin Latif apabila muncul pemenang acara ILCA 6 wanita tanpa mengharungi perlumbaan medal Sukan Asia Hangzhou di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan.
Perlumbaan ke-12 hari ini terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan angin dan pemenang dipilih berdasarkan rekod 11 perlumbaan terdahulu.
Pemenang pingat gangsa edisi Jakarta-Palembang 2018 itu mendahului saingan dengan kelebihan 12 mata dan 25 mata penalti ke atas pencabar terdekat dari Hong Kong untuk emas pertamanya sepanjang penyertaaan temasya ini.
"30 September ini merupakan hari jadi emak saya, saya dapat pingat emas.
"Setiap hari turun beraksi saya sentiasa kerah kudrat kerana ingin meningkatkan jurang di antara peserta di kedudukan pertama dan kedua untuk persediaan medal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jadi hari ini arus lagi kuat daripada angin," katanya lagi," katanya sambil mengesatkan air mata.
Dalam tempoh lima tahun, Nur Syazrin mempertingkatkan prestasinya sebaik memenangi gangsa lima tahun lalu dan
usahanya berbaloi menerusi emas sulung untuk dirinya dalam Sukan Asia dan yang pertama buat negara.
Untuk rekod dia pernah beraksi dalam Olimpik London dan Rio dan bakal membuat penampilan hatrik menerusi di Paris.
#Pelayaran #Nur Shazrin Latif #Sukan Asia Hangzhou
;