Skuasy berpasukan wanita menempah tiket ke penentuan pingat emas Sukan Asia Hangzhou untuk berdepan Hong Kong selepas mudah menangani Korea Selatan 2-0, sebentar tadi.
Aifa Azman memastikan kelebihan awal buat Malaysia dengan kemenangan 3-0 ke atas
Eum Hwa-Yeong 11-4, 11-1.
Dan meskipun berdepan perlawanan ketiga yang lebih sengit, Aifa menampilkan lebih menyerlah untuk menang 11-8.
Perlawanan kedua pula menyaksikan Sivasangari menentang Lee Jihyun dan sekali lagi wakil negara mempamerkan kebolehan untuk menguasai gelanggang di Pusat Ekspo Taman Sukan Hangzhou menerusi kemenangan 11-4.
Dan hanya empat minit diperlukan untuk melebarkan kelebihan dalam pertarungan kedua 11-4 sebelum Sivasangari sekali lagi membelasah lawannya 11-5.