Skip to main content

Bola Keranjang

Sukan Asia Hangzhou: Skuad bola keranjang 3x3 wanita Maldives tidak beri jalan mudah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-keranjan.jpg
Skuad bola keranjang tiga lawan tiga wanita negara dikerah bekerja keras oleh Maldives sebelum mencetak kemenangan pertama dalam Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi. 

Pemain yang beraksi di posisi tengah, Sammi Tan, merupakan penyumbang terbanyak dengan lapan mata, diikuti Foo Suet Ying, (empat mata), Tan Sin Jie (dua mata), manakala Tan Yin Jie (satu mata) untuk mengatasi Maldives 15 berbalas 12.

Malaysia sentiasa berhati-hati agar tidak dipintas Maldives dengan Sammi menambah jurang kepada 13-7.

Namun, Maldives tidak mudah putus asa dengan sentiasa mencari ruang untuk menambah mata dari luar kawasan D seperti yang dilakukan Fathimah Shameem.

Bagaimanapun, kebangkitan Maldives masih berada di dalam kawalan Malaysia walaupun sekadar mampu menambah dua mata lagi sebelum masa penuh permainan tamat.

Selepas ini, Malaysia akan menentang Thailand dan Korea Selatan pada Rabu dan Jumaat ini untuk melengkapkan saingan Kumpulan D.


 

Advertisement

Must Watch Video