SUKAN ASIA
Sukan Asia Hangzhou: Prem Kumar kecewa gagal lepasi suku akhir
Walaupun tidak diletakkan sebarang sasaran, S. Prem Kumar tetap kecewa tidak melepasi pusingan suku akhir kategori bawah 67 kilogram Sukan Asia Hangzhou.
Meskipun ini penampilan keduanya di Sukan Asia, namun dia turun ke Hangzhou dengan penyertaan debut dalam kategori bawah 67 kilogram selepas acara bawah 60 kilogram di mana dia meraih gangsa ketika 2018 tidak dipertandingkan.
Tewas 8-0 di tangan Amirali Didar dari Kazakhstan, Prem tidak dapat meneruskan cabaran di pusingan repechage selepas Amirali turut ditundukkan oleh Abdelrahman Al-Masatfa 10-2 di separuh akhir.
Iklan
"Ini merupakan kali beraksi dalam kategori yang lebih tinggi. Perjalanan saya bagi menghadapi Sukan Asia kali ini cukup mencabar, namun ia pengalaman cukup yang amat baik berdepan lawan yang cukup berkualiti," katanya menerusi Nadi Weekend.
Manakala atlet karate wanita negara, P. Madhuri tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata, mengimbau perjalanan yang dilalui sebelum menjejak kaki ke pentas Sukan Asia, Madhuri kecewa nasibnya sekadar di pusingan awal.
Pada pusingan 16, Madhuri tewas 2-11 kepada Leen Mansour dari Jordan seterusnya tersingkir dari saingan apabila Leen terkandas di aksi suku akhir.
Ini merupakan pertemuan kedua mereka selepas Kejohanan Asia 2022 di Uzbekistan di mana Madhuri juga tewas 2-5 dalam aksi perebutan pingat gangsa.
"Saya telah mengerah keringat dalam perjalanan ke Sukan Asia kali ini. Bagaimanapun ia adalah ketentuan tuhan dan saya gagal mendapatkan kejayaan untuk kontinjen Malaysia," kata Madhuri.
Must-Watch Video