Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Hangzhou: Pelayaran di landasan terbaik jelma kilauan emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pelayaran-malaysia.jpg
Skuad pelayaran tampak berupaya menjelmakan kilauan pingat emas Sukan Asia Hangzhou di Pusat Pelayar Ningbo Xiangshan apabila atletnya, Nur Shazrin Mohamad Latif, meneruskan rentak positif dalam saingan hari ketiga, hari ini.

Beraksi dalam acara laser radial wanita, Nur Shazrin kekal berada di kedudukan pertama selepas tujuh perlumbaan setakat ini.

Olimpian berusia 25 tahun itu menamatkan perlumbaan kelima di tempat ketiga dan cemerlang memenangi perlumbaan keenam sebelum menduduki tempat keempat dalam perlumbaan ketujuh.

Nur Shazrin, yang meraih gangsa dalam edisi di Jakarta-Palembang pada 2018, akan kembali beraksi pada Isnin ini menjelang perlumbaan perebutan pingat tiga hari kemudian.

Sementara itu, jaguh pelayaran negara, Khairulnizam Afendy, menghuni tempat kelapan keseluruhan dalam acara laser standard lelaki, sekali gus perlu bangkit dalam perlumbaan seterusnya bagi menglangi pencapaian meraih pingat perak pada 2018.

 

Advertisement

Must Watch Video