Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Hangzhou: Nur Dhabitah-Yan Yee raih pingat perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dhabitah-yan-yee-2.jpg
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri-Ng Yan Yee, meraih pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal serirama saingan Sukan Asia Hangzhou di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou sebentar tadi.

Selepas meraih pingat gangsa dalam acara 10m platfom serirama bersama Datuk Pandelela Rinong semalam, Dhabitah kembali beraksi dan kali ini bergandingan bersama Yan Yee.

Saingan lima terjunan menyaksikan lima negara yang mencabar saingan, wakil negara mempamerkan terjunan pertama yang berkualiti untuk menghuni tangga kedua sementara Chen Yiwen-Chang Yani memastikan China seperti biasa mendominasi acara terjun. 

Terdapat tentangan daripada wakil Korea Selatan, Park Hareum-Kim Suji, namun Dhabitah-Yan Yee memperkemaskan kualiti terjunan untuk baki saingan sebelum menamatkan saingan di tempat kedua.

Wakil tuan rumah memenangi pingat emas sementara Park Hareum-Kim Suji berpuas hati di tempat ketiga.   

Advertisement

Must Watch Video