Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Nor Sarah lompat galah tanpa catatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nor-sara-adi.jpg
Atlet lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi, sugul berikutan galah barunya tidak mendatangkan tuah buatnya. 

Impian untuk menyerlah dalam penampilan sulungnya dalam Sukan Asia Hangzhou, hari ini, lebur apabila menamatkan saingan tanpa sebarang catatan berikutan tidak melepasi had ketinggian pertama, 3.80m. 

"Galah baru ini lebih panjang dan saya memerlukan tiga bulan untuk serasi tapi hari ini barulah saya dapat menggunakannya.

"Jadi saya bertekad untuk menggunakannya hari ini.

"Selepas ini akan berusaha untuk serasi dan buat rekod baru kebangsaan dalam masa terdekat," kata juara Sukan SEA Kemboja itu.
 

Advertisement

Must Watch Video