SUKAN LAIN
Sukan Asia Hangzhou: MAKAF tambah wakil wanita
Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) menyenaraikan empat lagi atlet yang akan membawa cabaran ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, bulan depan.
Ia membabitkan dua acara iaitu kata wanita berpasukan dan kumite bawah 61 kilogram wanita.
Keputusan itu dibuat memandangkan kedua-dua acara tersebut menyumbangkan dua daripada tiga pingat gangsa untuk kontinjen negara dalam Kejohanan AKF Asia di Melaka, semalam.
Iklan
Antara yang melakar kejutan ialah Zakiah Adnan yang meraih pingat perak dalam kategori kumite bawah 61kg.
"Walaupun diletakkan kategori B atau C pun tidak mengapa, yang penting kami ingin berikan peluang kepadanya.
"Mungkin hari ini dia (dapat memungut) gangsa tapi esok perak pula.
"Selain satu pingat emas, kami juga perlukan pingat lain untuk membantu skuad negara.
"Ini landasan pertama kami untuk menghadapi Sukan Asia, kami tidak mahu memberi tekanan sangat kepada semua atlet.
"Tetapi pastinya dalam Sukan Asia nanti, mereka akan mengharumkan nama negara," kata Presiden MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad.
Must-Watch Video