Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Karate kata berpasukan wanita cemerlang butir perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

karate-kata-berpasukan-wanita.jpg
Skuad karate negara cemerlang munyumbangkan satu lagi pingat perak dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas tewas kepada Vienam dalam penentuan pingat emas di Gimnasium Pusat Sukan Linping hari ini.

Selepas memenangi pingat perak dalam acara kata individu wanita, Lovelly Anne Robberth kini mengetuai dua rakan sepasukannya, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie Yampil, untuk meraih pencapaian sama dalam kategori berpasukan.

Dalam penentuan pingat emas itu, Malaysia terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 39 mata dan ketinggalan 3.7 mata di belakang pemenang emas, Vietnam.


 

Advertisement

Must Watch Video