SUKAN ASIA
Sukan Asia Hangzhou: Jinq En akur tidak layak ke final
"Saya tidak berhasrat jadikan Sukan Asia misi balas dendam", kata perenang negara, Phee Jinq En, selepas tidak layak ke final acara 50 meter kuak dada wanita Sukan Asia Hangzhou hari ini.
Jinq En sekadar melakukan catatan 31.97 saat dalam saringan keempat sebelah pagi, sekali gus gagal menyamai pencapaiannya mara ke final dalam edisi di Jakarta-Palembang pada 2018.
Bagaimanapun, perenang berpengalaman itu kekal bersemangat menjelang satu lagi acara utamanya, iaitu 100m kuak dada.
"Sebenarnya balas dendam itu hanya mainan wartawan, bukan dari mulut saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fariha Razak.
"Tetapi saya agak kecewa tidak dapat berenang dalam Kejohanan Dunia.
"Hari ini, saya telah melakukan yang amat baik dan saya tidak sabar untukberaksi dalamacara 100 meter.
"Sasaran peribadi saya hanyalah untuk bersenang secepat yang mungkin seperti kebiasaan dan harap-harap saya dapat memperbaharui rekod peribadi, rekod kebangsaan dan lebih baik jika dapat memenangi pingat," katanya.