Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, terlepas peluang untuk menambah bilangan pingat untuk kontinjen negara selepas menamatkan saingan 1 meter papan anjal individu Sukan Asia Hangzhou di tempat keempat sebentar tadi.
Selepas meraih dua pingat gangsa dalam acara 10m platfom dan 3m papan anjal serirama, Dhabitah sekali lagi turun beraksi di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou namun kali ini beraksi dalam acara individu.
Mempamerkan terjunan yang cukup berkualiti bagi empat pusingan pertama, meletakkan atlet berusia 24 tahun dalam kelompok podium selepas wakil tuan rumah, Lin Shan di tempat pertama dan rakan senegaranya, Li Yajie di tempat kedua.
Bagaimanapun, kutipan mata di pusingan daripada wakil Korea Selatan, Kim Suji berjaya memintas Dhabitah sekaligus menamatkan saingan di tempat ketiga.
Sementara itu, rakan senegara Dhabitah, Ong Ker Ying, menamatkan saingan di tempat ketujuh.
Ammar Hakim
Mon Oct 02 2023