Sukan Asia Hangzhou: Cassandra J Poyong asah taring di Brazil
Shaiful Shamsudin
Ogos 6, 2023 20:52 MYT
Ogos 6, 2023 20:52 MYT
Atlet jiu-jitsu, Cassandra J Poyong, bakal mendapatkan bantuan pakar di Brazil selama lima minggu bagi mempertajamkan tekniknya.
Dia -- yang meraih perak dalam Kejohanan IBJJF Eropa di Paris pada awal tahun ini -- mahu merealisasikan impiannya untuk berada di atas podium bagi kategori wanita 57 kilogram ke bawah tatkala Sukan Asia Hangzhou 2022 berbaki lebih kurang sebulan lagi.
"Dia banyak menyertai kejohanan dan menaiki podium.
"Saya mahu menjejaki langkahnya malah dia turut menaruh kepercayaannya terhadap saya.
"Sudah tentu saya akan dilatih dengan baik di sana," katanya kepada pemberita sempena lawatan chef-de mission (CDM) temasya di China itu, Datuk Chong Kim Fatt, ke sesi latihan skuad kebangsaan di ibu negara hari ini.
Situasi berbeza buat Tee Lip Jin yang percaya latihan di negara sudah memadai di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan, Bruno Barbosa, yang sering memperbahurui teknik-teknik latihan.
"Saya sedar dengan suasana pertandingan.
"Bruno pula merupakan seorang jurulatih yang sentiasa mengikuti perkembangan teknik terbaru.
"Oleh itu, dia menerapkan semula kaedah yang tepat," katanya.