Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Bunga Raya akur kekuatan UAE, tamatkan kempen di tempat keenam

ragbi-sukan-asia.jpg
Skuad ragbi 7's negara akur menamatkan kempen Sukan Asia Hangzhou 2022 di tempat keenam selepas tewas 14-28 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan penentuan tempat kelima di Padang Olahraga Changqian sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Bunga Raya berkenaan gagal mengulangi pencapaian tempat kelima dalam edisi di Jakarta-Palembang pada 2018.

Berdepan lawan yang dipenuhi pemain naturalisasi itu, skuad negara ketinggalan selepas Niko Volavola melakukan try pertama dan disusuli conversion Sakiusa Naisau.

UAE kemudian menambah tujuh mata lagi melalui try Aidan Brian Hertz dan conversion Sakiusa tetapi try daripada gerakan licik ketua pasukan, Azwan Zuwairi Mat Zizi menerbitkan kembali harapan skuad negara.

Zulhislam Rasli kemududian melakukan satu lagi try sebelum Azwan Zuwairi menyempurnakan conversion untuk Bunga Raya mengikat kedudukan 14-14 menjelang separuh masa kedua.

Bagaimanapun, UAE kembali menguasai babak kedua dan menambah dua try lagi untuk muncul pemenang tempat kelima.
 

Advertisement

Must Watch Video