SUKAN ASIA
Sukan Asia Hangzhou: Andre Anura mahu lebar penguasaan selepas dominasi Sukan SEA
Jaguh lompat kijang negara, Andre Anura Anuar, mahu melebarkan penguasaannya dalam Sukan Asia Hangzhou bulan depan selepas mendominasi dua edisi Sukan SEA berturut-turut.
Andre membuktikan dia merupakan taruhan terbaik negara di pentas Asia Tenggara apabila memenangi pingat Emas Sukan SEA dalam Edisi di Hanoi tahun lalu dan di Kemboja pada Mei lalu.
Dia, bagaimanapun, bertekad untuk membuktikan bahawa dua kejayaan itu bukan atas faktor nasib melainkan hanya satu salam perkenalan kepada kejayaan lebih besar yang mahu dilakarnya di Hangzhou, China.
Iklan
Andre turut mengesahkan bahawa dia sudah mencapai kata sepakat dengan jurulatihnya, Firdaus Salim, untuk mengekalkan teknik lompatan 14 langkah kerana berasakan teknik itu cukup sesuai dengan ketinggian dan kelajuannya.
"Setakat ini saya masih kekal dengan perancangan saya dengan jurulatih untuk melakukan yang terbaik dalam Sukan Asia dan mencuba untuk memperbaharui catatan peribadi terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
"Saya memang sedang memperhalusi teknik saya dalam lompat kijang, di mana saya menggunakan teknik 14 langkah.
"Dengan 14 langkah itu lah saya mendapat jarak 16.52 meter, iaitu catatan peribadi terbaik saya," katanya.
Must-Watch Video