Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia: Azizulhasni ambil aura Dr. Mahathir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasni-awang.jpg
Kelibat jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, turut mencuri tumpuan selepas dia diberikan penghormatan untuk menyarungkan baju kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia Indonesia 2018 ke tubuh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang di Putrajaya, hari ini. 

Ia detik yang cukup istimewa buat jaguh keirin dunia 2017 tersebut apabila diberikan peluang sedemikian.

Azizulhasni sebelum ini pernah diberikan penghormatan untuk membawa bendera kontinjen Malaysia, antaranya dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, namun detik menyarungkan baju kontinjen negara ke tubuh Perdana Menteri adalah saat yang tidak akan dilupakannya.

"Beliau bukan sahaja inspirasi buat kontinjen kita, malah untuk diri saya sendiri. 

"Saya sempat bercakap dengannya dengan mengatakan, 'Tun, anda merupakan inspirasi kepada saya dalam Sukan Asia nanti'," katanya.

Daripada tujuh emas yang disasarkan Malaysia, Azizulhasni merupakan salah satu prospek negara di Indonesia nanti dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menunaikan hasrat itu.

Empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan, Azizulhasni terlepas untuk mempertahankan emas dalam acara keirin selepas perlumbaannya dibatalkan selepas didakwa menghalang pelumba lain.

"Pihak kerajaan telah membuat pelaburan dan sudah pasti kami perlu menyahut tanggungjawab ini. 

"Kami akan buat yang terbaik dan menghasilkan keputusan yang diharapkan," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video