Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) ibarat bermain silap mata dalam menangani isu atlet mereka yang perlu mengeluarkan wang sendiri untuk menampung kos menyertai Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
NSAM menegaskan bahawa badan induk itu akan mengeluarkan belanja awal untuk atlet ke Jakarta.
Namun, realitinya, atlet menembak negara tetap dituntut untuk membayar semula semua pembiayaan tersebut jika gagal membawa pulang hasil daripada Sukan Asia nanti.
"Persatuan tiada masalah. Semuanya bersetuju atlet akan pergi di bawah kategori B.
"Tetapi, kalau atlet pulang tanpa pingat, persatuan harus menanggung bayaran itu.
"Kami akan menentukan sama ada akan menanggung perbelanjaan atlet atau tidak," ujar pengurus menembak, Mark Ong.
Kononnya, hanya atlet yang menyumbang pingat buat negara sahaja akan NSAM tanggung semula kos penyertaan mereka.
"Sudah tentu persatuan bayar dahulu.
"Selepas itu, kalau atlet mendapat gangsa, perak atau emas, kami akan mendapat pembayaran semula," katanya lagi.
Hakikatnya, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sudah awal-awal lagi menegaskan bahawa badan induk itu bertanggungjawab menanggung perbelanjaan atlet sekiranya pingat direalisasikan atlet di bawah kategori B.
Terdahulu, MOM memberi amaran kepada persatuan agar lebih bertanggungjawab dan tidak membiarkan atlet mencari dana sendiri untuk ke Sukan Asia.