Pengarah Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, menegaskan pihaknya terpaksa menjalankan ujian di kediaman atlet kerana baru mencatat 16
peratus daripada keseluruhan 447 atlet negara ke Sukan Asia Indonesia, bulan depan.
ADAMAS mempunyai tempoh tiga minggu lagi untuk menguji semua atlet negara ke Sukan Asia.
Ketika ini, baru 71 atlet menjalani ujian doping, sekali gus menyaksikan ADAMAS kesuntukan masa.
"Kami perlu melakukan ujian doping ini siang dan malam sebelum bermulanya Sukan Asia," katanya.
ADAMAS menyasarkan untuk menguji semua 447 atlet negara ke Sukan Asia sebelum 10 Ogos depan.
Ia bagi memastikan mereka mendapat cukup masa untuk mendapat keputusan sebelum atlet berlepas ke Jakarta dan Palembang.