Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia 2022: Skuasy giat persiapan misi dua emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rachel-arnold.jpg
Pasukan skuasy kebangsaan giat menjalani persiapan sempena Kejohanan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, September ini.

Selepas skuasy tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA 2023, skuad negara melaungkan keazaman untuk tidak menghampakan Malaysia di Hangzhou kelak. 

Ketua jurulatih, Ajaz Azmat, menegaskan skuad kebangsaan akan memastikan dua pingat emas yang dimenangi dalam edisi lalu akan dipertahankan.

"Kejohanan terdekat kami ialah melibatkan Ivan (Yuen) dan Aifa (Azman) yang akan beraksi dalam Kejohanan Antarabangsa El Gouna.

"Kemudian akan menyertai Kejohanan Individu Asia di Hong Kong selain beregu campuran akan ke China.

"Rachel Arnold, Ivan dan S. Sivasangari baru kembali daripada latihan di luar negara dan barisan pemain dalam keadaan yang baik. 

"Ketekalan prestasi mereka adalah kuncinya dan mereka melakukannya dengan baik," katanya di Pusat Skuasy Nasional negara hari ini. 

Menurut pemain di ranking 25 dunia, Rachel, pula: "Saya cuma perlu lebih percayakan diri sendiri dan itulah fokus saya ketika ini." 


 

Advertisement

Must Watch Video