Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, mengumumkan dua nama, iaitu Pengarah Bahagian Prestasi Sukan (Podium), Dr P. Vellapandian, dan Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping, Datuk Dr S.S. Chema, sebagai pembantu kepada Chef-de-mission (CDM) negara ke Sukan Asia Indonesia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
Pelantikan kedua-duanya dibuat selepas penarikan diri Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin sebagai timbalan CDM Sukan Asia baru-baru ini.
Pelantikan Vellapandian akan membantu pemantauan Azim di sekitar Jakarta manakala S.S. Chema bertanggungjawab ke atas atlet negara di Palembang.
"Seorang di Jakarta, iaitu Vellapandian dari ISN (Insititut Sukan Negara) yang merupakan ketua Podium.
"Bagi Palembang, kami melantik S.S. Chema yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping," kata Norza.
Dalam pada itu, Norza turut menegaskan akan ada pertambahan bilangan atlet daripada kategori B ke kategori A.
Jelasnya, ia bakal diumumkan sebelum senarai akhir 22 Jun ini dan bergantung kepada kesesuaian penajaan.
"Kami akan berbincang dengan MSN (Majlis Sukan Negara) mengenai penajaan dan peruntukan untuk kami memasukkan lebih ramai lagi atlet daripada kategori B ke kategori A," katanya lagi.
Semua senarai nama atlet dan pegawai akan diserahkan kepada tuan rumah, Indonesia, pada hujung bulan ini.