Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) menyenaraikan 10 nama atlet tetapi kesemuanya diletakkan dalam kategori B untuk ke Sukan Asia Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September depan.
Sukan menembak sebelum ini tidak pernah gagal menghadiahkan pingat sejak edisi 2010 di Guangzhou dan semestinya ia satu tamparan hebat apabila terpaksa menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi prospek pingat negara untuk berada dalam kategori A.
Kini, adalah menjadi tanggungjawab persatuan pula untuk memastikan perancangan terbaik pada barisan atlet memandangkan segala peruntukkan adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab mereka.
"Saya sebagai pelaksana manakala yang menguruskannya adalah orang atasan.
"Tidak kira kategori A atau B, saya akan tetap cuba memberikan yang terbaik," kata penembak rifle negara, Nur Suryani Mohamed Taibi.
Sementara itu, rakan seperjuangan, Muhammad Ezuan Nasir Khan, merayu perhatian daripada NSAM agar mereka menjalani persiapan dengan lebih rapi.
"Saya minta sangat NSAM tolonglah beri sokongan kepada atlet menembak. Kadang-kadang kami berasakan seperti terabai.
"Kami mengharapkan bantuan, contohnya peluru agar NSAM nampak teguh," katanya.
Setakat ini, hanya Johnathan Wong yang dihantar berlatih ke Korea Selatan sehingga Julai depan tatkala atlet lain meneruskan latihan di Malaysia sahaja sehingga Sukan Asia bermula.