Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia 2018: NSAM mohon lapan slot

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

menembak.jpg
Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) tetap berharap Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dapat mengubah proses pemilihan atlet terhadap sukan tersebut dalam kempen Sukan Asia 2018 dengan mengambil kira kedudukan lapan terbaik dalam pusingan kelayakan dan bukannya sekadar peserta yang hanya layak ke final. 

Seramai 10 nama telah dihantar dan MOM setakat ini meletakkan kesemua atlet menembak dalam kategori B ke Sukan Asia 2018 dari 18 Ogos hingga 2 September depan. ​

Namun, MOM akan menilai kembali rayuan yang dibuat oleh persatuan itu dengan mengambil kira kedudukan lapan penembak terbaik, sekali gus meningkatkan peluang negara untuk meraih pingat dan bukannya pencapaian empat terbaik sahaja. 

"Menembak berada dalam kategori keempat Sukan Asia dan sistem mereka berlainan sedikit tetapi kami masih dalam perbincangan (untuk menambah bilangan atlet menembak).

"Buat masa ini, kami meletakkan menembak dalam kategori B dan kita tengoklah kalau ada perubahan pada masa depan," ujar Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.

Pengurus pasukan menembak Sukan Asia 2018, Mark Ek Ong, menyifatkan langkah itu sebagai perlu kerana ia mencerahkan lagi prospek pingat negara. 

"Apabila seseorang peserta itu layak ke final, itulah kedudukan yang mustahak kerana ia membolehkan kita memenangi pingat," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video