Bekas Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, bersetuju dengan tindakan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang mengetatkan had kelayakan ke Sukan Asia Indonesia 2018, yang secara tidak langsung memaksa atlet dan persatuan untuk keluar daripada zon selesa.
Baginya, atlet dan persatuan perlu sedar bahawa masa bersenang-lenang sudah berlalu.
Mereka tidak sepatutnya melenting apabila tidak terpilih atau terpaksa mengeluarkan kos besar untuk menghantar atlet ke Indonesia kerana itulah cabaran untuk mewakili negara.
Malah, atlet dan persatuan perlu menyahut cabaran kerana masih mempunyai masa untuk melepasi had kelayakan atau mengumpul dana.
"Sudah sampai masanya kita melahirkan atlet yang berdaya saing tinggi dalam kejohanan.
"Menyertai kejohanan sahaja tidak mencukupi. Ini disebabkan perbelanjaan tinggi demi menjayakan program mereka sejak 1993.
"(Apatah lagi) terdapat atlet yang tidak pernah dikeluarkan daripada program dan berlatih sepanjang masa," kata Mazlan mengenai temasya yang akan berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September depan itu.
MOM mengetatkan had kelayakan sekurang-kurangnya tangga keempat dalam temasya Incheon 2014 dengan had kelayakan yang ditetapkan sebelum ini ialah sekurang-kurangnya tangga keenam.