TERJUN
Sudah sampai masa rombak skuad terjun negara
Bekas penerjun negara, Chew Yi Wei, mencadangkan agar Malaysia Swimming melakukan rombakan besar-besaran, termasuk menggugurkan penerjun senior selepas tiada seorang pun wakil negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2023 menerusi Kejohanan Akuatik Dunia baru-baru ini.
Hanya Bertrand Rhodict Lises layak secara merit ke temasya terbesar dunia itu dan ia jumlah penyertaan paling sedikit buat skuad terjun negara sejak edisi di Sydney pada 2000.
Realitinya, Malaysia ketika ini dibarisi ramai penerjun senior, termasuk Datuk Pandelela Rinong dan Ooi Tze Liang, yang memiliki pengalaman sekitar 15 tahun.
Iklan
"Untuk peralihan lapisan generasi, ia memerlukan seseorang seperti Bertrand, di mana dia mempamerkan aksi yang baik sehingga melangkaui penerjun senior," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, seperti yang dipetik daripada Nadi Weekend sebentar tadi.
"peningkatan penerjun senior akan menjadi perlahan, ia perkara normal.
"Kini, ia terpulang kepada generasi lebih muda untuk meningkatkan tahap mereka," katanya.
Kalau dah skuad senior tak lagi mampu hadirkan kejayaan..rombak dan ganti dengan skuad junior yang lebih mampu berikan saingan di pentas antarabangsa.. wow! ??#NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/3Kvu1RuU59— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 10, 2024
Must-Watch Video