Skip to main content

Hoki

Subahan pertahan jawatan Presiden MHC bagi tempoh 2023-2027

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

subahan.jpg
Datuk Seri Subahan Kamal mempertahankan kedudukanya selaku Presiden Konfederasi Hoki Malaysia bagi penggal 2023-2027.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang ke-67, beliau tidak dicabar oleh mana-mana pihak bagi jawatan presiden dengan mendapat 13 pencalonan yang secara rasminya disahkan menang tanpa bertanding.

Sementara itu Naib Presiden MHC Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak pula turut mendapat 13 pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden yang baharu bagi menggantikan Prof Datuk Dr S.Shamala yang telah meletakkan jawatan itu pada Januari lalu.

Shamala sebelum ini telah memegang jawatan Timbalan Presiden MHC sejak 2015 lagi.

Advertisement

Must Watch Video